March 20, 2009

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis,
merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri
PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis
bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort,
Kuala Nerang, Kedah.hmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik
kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat
pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi
yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung
ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula
(21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang
adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh
akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya
di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau
RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah
RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman
penjara 14 hari.













Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi
kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang
sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak
penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu,
Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan
filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian
penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

No comments:

Post a Comment