March 31, 2009

assigment khimat masyarakat

PENGALAMAN DI SK PINTAS RAYA

Pengalaman saya sebagai fasilitator bermula apabila saya menyertai Kelab Khidmat Masyarakat Seksyen 3. Pada mulanya saya ingat saya hanya akan membantu masyarakat yang dalam kesusahan tetapi banyak cara lagi yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat.

Kami telah ditugaskan untuk mengendalikan sebuah program kecemerlangan UPSR di SK Pintas Raya sebagai salah satu daripada tugasan kami. Kami tiba disana pada petang 13 mac dalam keadaan hujan lebat menaiki kenderaan sendiri. Kami telah bermula dengan sesi perkenalan dan seterusnya dapat mengenali pelajar pelajar tahun 6 dengan lebih dekat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari kami berada di sana. Program yang telah dirancangkan adalah untuk membantu pelajar pelajar menjadi lebih bersemangat dan bersemangat untuk menjawab peperiksaan yang bakal mendatang ini.

Pengalaman saya di sana adalah sangat tidak boleh dilupakan seperti kembali ke zaman persekolahan dulu. Ketika melihat muka adik adik itu,teringat kepada adik yang berada di malam muhasabah diri. Kami ingin menyedarkan adik-adik tentang pengorbanan ibu bapa terhadap mereka. Lepas juga nak buat aktiviti ini,dulu di sekolah selalu kena saja,kali ini buat balik pada adik-adik. Mereka semua menangis mengenangkan jasa ibu bapa mereka,hampir semua menangis pada malam itu. Selepas itu,kami dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar pengsan. Nak terjatuh jantung kami ini. Tetapi, adik itu selamat. Ada asma rupanya.

Hari terakhir kami disana bermula apabila Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Haji Aziz datang merasmikan majlis penutup program itu. Selepas itu kami diberi sedikit masa bersama sama adik adik buat masa terakhir. Kami telah melakukan satu aktiviti yang sangat kelakar. Gelak ketawa dari adik adik telah memberi kami kepuasan yang tak terhingga apabila kami berjaya membuat mereka ketawa dan sedih. Sebelum mereka pulang, kami telah menyanyikan lagu Semua Tentang Kita dan kesedihan terpancar dari setiap pelajar-pelajar termasuk fasilitor-fasilitator juga. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan jayanya. Kenangan bersama mereka takkan pernah kami lupakan sehingga bila bila pun. Kenangan terindah bagi kami.

Sepanjang kendalian program ini dijalankan,kami berharap program ini dapat dijalankan dengan lebih teliti dan lebih lama. Kami berasa masa kami disana terlalu singkat dan tidak cukup untuk mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang kami ada. Selain itu, kami berharap dapat mengendalikan sepenuhnya program ini dari permulaan hingga ke penghujung program ini.

Secara kesimpulannya,kami sangat berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan sepanjang program ini. Ikatan silaturrahim antara ahli kelab juga dapat di eratkan lagi. Begitu juga dengan Puan Fatimah dan Encik Ashar yang telah memberi sokongan penuh kepada kami. Curahan ilmu dan pengalaman dari mereka begitu besar bagi kami. Pengalaman dari program ini akan kami gunakan sepanjang kehidupan kami. Ia menambahkan kemahiran insaniah dalam diri kami.

1 comment:

  1. nh cmne karangan dak drjh satu leh sesat kt blog ko nh??
    hahaha

    ReplyDelete