March 31, 2009

rumahku





aaa...nmpk x 2...2 la uma ak..dkat ngn uma cik hidayah..hehehe..sape la 2...

dah lme x blik 4 bulan jugak ni..hu..rinddu gile kt uma..jao...

kat dalam uma 2 ade la pakcik saim,makcik tnjiyah,zizi,jaja n azham...adik2

aku sume..moga drg sehat2 shje..

assigment khimat masyarakat

PENGALAMAN DI SK PINTAS RAYA

Pengalaman saya sebagai fasilitator bermula apabila saya menyertai Kelab Khidmat Masyarakat Seksyen 3. Pada mulanya saya ingat saya hanya akan membantu masyarakat yang dalam kesusahan tetapi banyak cara lagi yang boleh dilakukan untuk membantu masyarakat.

Kami telah ditugaskan untuk mengendalikan sebuah program kecemerlangan UPSR di SK Pintas Raya sebagai salah satu daripada tugasan kami. Kami tiba disana pada petang 13 mac dalam keadaan hujan lebat menaiki kenderaan sendiri. Kami telah bermula dengan sesi perkenalan dan seterusnya dapat mengenali pelajar pelajar tahun 6 dengan lebih dekat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang 3 hari kami berada di sana. Program yang telah dirancangkan adalah untuk membantu pelajar pelajar menjadi lebih bersemangat dan bersemangat untuk menjawab peperiksaan yang bakal mendatang ini.

Pengalaman saya di sana adalah sangat tidak boleh dilupakan seperti kembali ke zaman persekolahan dulu. Ketika melihat muka adik adik itu,teringat kepada adik yang berada di malam muhasabah diri. Kami ingin menyedarkan adik-adik tentang pengorbanan ibu bapa terhadap mereka. Lepas juga nak buat aktiviti ini,dulu di sekolah selalu kena saja,kali ini buat balik pada adik-adik. Mereka semua menangis mengenangkan jasa ibu bapa mereka,hampir semua menangis pada malam itu. Selepas itu,kami dikejutkan dengan kejadian seorang pelajar pengsan. Nak terjatuh jantung kami ini. Tetapi, adik itu selamat. Ada asma rupanya.

Hari terakhir kami disana bermula apabila Yang Berhormat Datuk Mohamad bin Haji Aziz datang merasmikan majlis penutup program itu. Selepas itu kami diberi sedikit masa bersama sama adik adik buat masa terakhir. Kami telah melakukan satu aktiviti yang sangat kelakar. Gelak ketawa dari adik adik telah memberi kami kepuasan yang tak terhingga apabila kami berjaya membuat mereka ketawa dan sedih. Sebelum mereka pulang, kami telah menyanyikan lagu Semua Tentang Kita dan kesedihan terpancar dari setiap pelajar-pelajar termasuk fasilitor-fasilitator juga. Semoga mereka dapat menjalani kehidupan mereka dengan jayanya. Kenangan bersama mereka takkan pernah kami lupakan sehingga bila bila pun. Kenangan terindah bagi kami.

Sepanjang kendalian program ini dijalankan,kami berharap program ini dapat dijalankan dengan lebih teliti dan lebih lama. Kami berasa masa kami disana terlalu singkat dan tidak cukup untuk mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang kami ada. Selain itu, kami berharap dapat mengendalikan sepenuhnya program ini dari permulaan hingga ke penghujung program ini.

Secara kesimpulannya,kami sangat berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan sepanjang program ini. Ikatan silaturrahim antara ahli kelab juga dapat di eratkan lagi. Begitu juga dengan Puan Fatimah dan Encik Ashar yang telah memberi sokongan penuh kepada kami. Curahan ilmu dan pengalaman dari mereka begitu besar bagi kami. Pengalaman dari program ini akan kami gunakan sepanjang kehidupan kami. Ia menambahkan kemahiran insaniah dalam diri kami.

March 29, 2009

ketulusan hati...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita SAYANG?. Macam mana juga kasih SAYANG itu nak berkekalan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke?. Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar: Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang
berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung
padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita SAYANG, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik- baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita SAYANG itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika
perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka SAYANGilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

susah sangat kah.....

* Susah sangat ke untuk kita tersenyum, sedangkan orang gila senyum sorang2, inikan pula sesama kita?

* Susah sangat ke nak jadi senang, sedangkan yang senang tu senang je jadi susah?

* Susah sangat ke nak bangkit subuh, sedangkan kena siram air pun tak bangun2 jugak?

* Susah sangat ke nak hulur sedekah, sedangkan orang minta sedekah tu senang2 je hulur tangan?

* Susah sangat ke nak siapkan assignment, sedangkan lecturer yang buat soalan tu senang je buat soalan?.

* Susah sangat ke nak buat baik sedangkan yang baik tu senang je buat jahat?

* Susah sangat ke nak cari keje, sedangkan banyak keje yang cari korang sebenarnya?

* Susah sangat ke nak cakap, sedangkan orang gila pun bleh cakap sorang2?

* Susah sangat ke jadi pandai, sedangkan yang pandai pun kadang2 tak pandai?

abc kehidupan

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

rahsia lelaki

apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda..
HARGAILAH MEREKA dan terimalah mereka seadanya… BERILAH DIRI ANDA PELUANG utk kembali mencintai seorang yg bergelar lelaki..
Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas:

1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.

2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.

3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya)

5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.

7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.

12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih
sayang antara mereka menjadi luntur.

16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.

18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.

23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)


aku cume sebarkan je..fikir2kan lah....

March 27, 2009

perempuan satu anugerah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

kerana pencungkil gigi...

Ada satu ceramah...disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ismail daripada Singapura...

Di riwayatkan begini.....

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT....

Maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan..... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...
elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...

Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???

Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?

Ini belum kira mencuri masa pejabat untuk kegiatan peribadi.

Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...
Dan syurga itu adalah benar...

Wassalam...

ina oh ina.....

"abg... tlg dtg umah segera, urgent".

Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina... gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu... hu... "

" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.

Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on... tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.

Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

Hehehe...=p

kebesaran Ilahi


kebesaran Ilahi
hutan yang berbentuk otak-xsilap dkat indonesia utan ni

March 20, 2009

erti persahabatan

Saat gembira tertawa
Saat berduka kita sama-sama
Duduk bermuram durja

Kita saling memerlukan
Menghormati satu ikatan
Itulah... ertinya persahabatan

Ada kalanya terkasar bahasa
Tapi kita saling memaafinya
Pahit manis kecapi bersama
Bersatu hadapi segala... oohhh

Bersamalah teman kita hargai
Mahkota suci... oohhh
Bersamalah teman kita harungi
Istana erti persahabatan

Berkekalanlah hendaknya
Kemesraan diantara kita
Seandainya tak lagi bersama
Semat kenangan mengusik jiwa

Diana Danielle Danny Beeson vs Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis,
merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri
PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis
bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort,
Kuala Nerang, Kedah.hmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik
kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat
pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi
yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung
ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula
(21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang
adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh
akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya
di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau
RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah
RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman
penjara 14 hari.













Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi
kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang
sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak
penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu,
Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan
filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN)
dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian
penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

March 18, 2009

andai malaysia diserang........

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....
>
> Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan
> atau diserang
> oleh askar kafir..... kita sering mendengar pemimpin-2 kita
> menggunakan
> modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia
> aman dan damai...."
> Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
> ditulis setelah ia
> berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika ia
> sedang berlaku.
> Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh paramilitari
> Serb, pada malam
> sebelumnya mereka hidup seperti biasa dan tidak pernah
> terlintas bahawa
> keesokan harinya akan bermulanya hari celaka bagi mereka.
> Jadi, untuk
> sejenak cuber kiter berfikir dalam bentuk reverse
> engineering iaitu:
> Bagaimana jika kita yang diserang oleh kuasa kuffar seperti
> negara Islam
> lain, dan negara Islam yang lain plak jadik cam kiter?
>
> MALAYSIA DISERANG ???
>
> untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
>
> (Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)
>
>
>
> AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang
> Hizbullah
> terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut
> Pesawatnya
>
> (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan.
> Menghantar kapal
> selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada
> tentera untuk
> menyerang malaysia ...
>
>
>
> AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang
> merupakan
> sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara
> dan PILLIPINNOS
> di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
> pengganas al-Qaeda
> atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan
> dan Palestin.
>
>
>
> Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas
> tentera Kuffar
> tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka
> menyerang Iraq kerana
> mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
> Pengganas
> Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
> Pengganas Jemaah
> Islamiah.
>
>
>
> Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada
> pengganas tetapi
> suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak
> hiraukan
> Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.
>
>
>
> Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri
> kita... YB Wakil
> Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang
> kaya... semua cabut
> lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi
> masing-masing.
> Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.
>
>
>
> Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di
> negara sendiri,
> menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS
> dan sekutunya.
>
> Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina
> yang dijadikan
> pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar
> Al-Khattab...
> Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
> Khalifah
> Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan
> hadapan berdepan
> musuh-musuh Islam.
>
>
>
> SAAT Peperangan bermula....
>
>
>
> Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya,
> diikuti
> negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya
> mengebom...melancar peluru
> berpandu...
>
> membedil...menembak Rakyat Malaysia ...mereka membunuh
> Orang tua...
> perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam
> kita...sama seperti
> Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak
> berdosa!!!
>
> AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara
> besar-besaran. Apabila
> selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
> Kedah, Pulau
> Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
> pesawat musuh
> silih berganti......
>
>
>
> Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan
> mengebom Kelantan,
> Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih
> berganti....
>
> Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana
> SINGOFURO...
>
> diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa
> melalui ruang
> udaranya.... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor
> dan negeri
> sembilan dapat ditawan tentera musuh.
>
>
>
> Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu
> mara dari
> bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan
> rumah anda...
>
> menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri
> yang sarat
> mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...
>
>
>
> Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12
> tahun anda
> depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat
> Islam Bosnia
> ...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
>
> Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan
> Raya
> 2006...diajukan muncung senapang...
>
>
>
> DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
> bersekutu...
>
> Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin
> mati
> ditembak..
>
> anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku
> kepada diri
> sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di
> depan
> mata.....
>
>
>
> Anda menangis ketakutan....
>
>
>
> Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat
> mengandung, dibawa
> menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem.
> Anda dipukul
> separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah
> riuk
> berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi
> umur anda masih
> panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke
> hutan berhampiran
> disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....
>
>
>
> Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....
>
>
>
> Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda
> sebelum ini
> tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering
> disogokkan negara
> kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah
> tiba-tiba hari ini
> diuji berlaku peperangan.
>
>
>
> Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut
> menghilangkan
> diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
>
> Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
>
> Anak kecil ditembak didepan mata...
>
> Isteri dirampas untuk diperkosa.... didepan mata!!!!
>
> kawan-kawan...sahabat taulan... ramai yang terkorban..
>
> dan tidak kurang juga yang cedera parahh..
>
>
>
> Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar.
> Mayat orang
> melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang
> tua dan
> kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak
> bernasib
> baik seperti anda...
>
>
>
> Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera
> bersekutu
> berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang
> melayu Islam yang
> masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk
> memburu
> Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat
> Islam lain yang
> jadi mangsa...
>
> Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila
> anda tersua
> dengan Tentera bersekutu nanti.....
>
>
>
> Apa yang anda Harapkan pada masa itu????
>
>
>
> Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
>
> BANTUAN ALLAH....
>
> BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...
>
>
>
> ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI
> BANTUAN
> KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA
> SEAGAMA DENGAN
> ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!!
> ANDA
> MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA
> INDONESIA,
> SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG
> LAINNNNNN.....BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA
> INI......
>
>
>
> Tetapi tunggu punya tunggu.... bantuan ketenteraan tidak
> kunjung tiba...
>
>
>
> ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG
> LAIN
> menyatakan:
>
>
>
> "Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH
> menyerang Malaysia
> "
>
> (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)
>
>
>
> "Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke
> MALAYSIA selepas tamat
> perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh
> tentera
> bersekutu"(Presiden NAM )
>
>
>
> "Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai
> berbanding dengan
> negara Malaysia yang dilanda peperangan...Kita semua patut
> bersyukur...
> kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
> dalam suasana
> yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat
> Islam paling ramai.
> (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)
>
>
>
> "Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan
> menghantar para
> pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia "
> Wakil Penduduk
> Islam Selatan Thailand )
>
>
>
> "Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan
> kepada Penduduk Islam
> Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab
> Saudi)..bagi komen dan
> pendapat...
>
>
>
> APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN
> PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM
> SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN
> DARIPADA
> MEREKA??
>
>
>
> fikir-fikirkan. ......